Monday, July 20, 2020

Pakai Pelitup Muka Dengan Betul



PAKAI PELITUP MUKA DENGAN BETUL – MYSEJAHTERA

Peningkatan kes COVID-19 dalam negara dan kemunculan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) amat membimbangkan. Ini jelas menunjukkan bahawa masih terdapat ancaman wabak COVID-19 dalam negara dan rakyat Malaysia diminta agar tidak leka dan mengambil mudah berkenaan keselamatan mereka serta ahli keluarga.

Ayuh Malaysia! Terus amalkan budaya Norma Baharu seperti memakai pelitup muka dengan betul dan mengamalkan penjarakan sosial dengan berdisiplin. Pastikan anda tidak meletakkan pelitup muka di bahagian dagu kerana tindakan itu boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena jangkitan bakteria, virus dan kuman. Anda perlu membuka pelitup muka sepenuhnya ketika makan, minum dan melakukan aktiviti yang berkaitan di bahagian muka.

Bersama-sama kita terus memerangi COVID-19!

Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini, layari laman web rasmi MySejahtera di: https://mysejahtera.malaysia.gov.my

No comments:

Post a Comment